Wednesday, September 29, 2010

Tiada akan datang hari kiamat selama masih ada di bumi yang menyebut Nama Allah


(Hadis Nabi dari Shahih Muslim)

Begitu besarnya nilai nama Allah s.w.t itu sehingga perlu menunggu bumi ini tiada langsung orang beriman dan hanya tinggal orang-orang kafir sahaja termasuk munafik yang tiada nilai langsung barulah dunia ini dihancurkan kerana tiada keperluan lagi alam semesta dikekalkan.

Ini juga bermakna bumi ini masih wujud kerana masih terdapat orang-orang beriman.Maka orang-orang kafir duduk menumpang di dunia ini sambil berpesta ria dengan tarian bogel sambil minum arak pun dengan belas ihsan Allah.s.w.t kerana asbab masih wujudnya orang yang menyebut nama Allah s.w.t.Apabila tiada lagi orang menyebut nama Allah,yang tinggal hanya saki baki para Masons yang dungu dan orang-orang kafir,maka bumi akan dihapuskan terus.Tiada gunanya lagi menyediakan bumi dan langit kepada orang yang masih berdegil menentang Penciptanya sendiri.
Insaflah,sampai bila kita mahu berlagak angkuh mendabik dada di bumi Allah ini.Setiap masa kubur kita akan geram mahu menghimpit kita di alam barzah nanti.Na'uzubillah min zalik....ya allah...renung kan...dan soal la iman kita.....

Biskut-Atun: Damba Kasih-In Team

Biskut-Atun: Damba Kasih-In Team

Damba Kasih-In Team



Penyanyi: In-Team (Inteam)
Tajuk Lirik Lagu: Damba Kasih

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

C/O
Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun
[ Damba Kasih lyric found on www.lirik.my ]
Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..

nie lirik yang aku suka..lirik nie buat aku rasa kedil bila aku hayatinya..dan juga buat aku menagi..korang hayatilah dgrlh..

Tuesday, September 28, 2010

Monday, September 27, 2010

hari raya di kedah



lama xblk kedah..so bila dh blk biasalah semua sanak saudara rindu..
tah tahun bila lah plk nk balik nie..
org beraya g umah sanak saudara aku beraya dkt tnjung dawai beli ikan masin..hehehehee

Thursday, September 23, 2010

aduh kasutku



nie kasut yang aku baru beli..ada jenamalah dkt shopping complex n dalam tv pn ada keluar jg...nk dijadikan cita, aku dtg kerja pakailah kasut tu..kebetulan hari tu hujan..aku naik motor jer xkaya pn..than basah la kasut tu..bila kering jer korang nk tahu jd apa? errmmmm pecah sana sini, terkopek sana sini..apa lg yang aku nk gambarkan pada korag ermm korang bayangkanlah sendiri...baru pakai sekali..syg duit gilar dh la mahal jg..ermmm apa pn reda jelh benda dah jd kn frust tu frust la jg..skg kasut tu duduk dkt ofic, nk buang syg, nk pakai xblg, so tgk jerlh ari2..heheheh..ok that all 4 2day..

MANA MILIK KITA?



Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya

Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya


MANA MILIK KITA? SEMUNYA MILIK ALLAH.APA YANG ADA PADA KITA TELAH DITENTUKAN OLEH ALLAH..JGNLH BONGKAK DAN SOMBONG DENGAN APA Y KITA ADA..SEKELIP MATA SAJA ALLAH BOLEH MENARIK BALIK APA YANG ALLAH BAGI..MARILAH KITA SAMA2 BELAJAR ERTI BERSYUKUR..BYK NIKMAT ALLAH YANG KITA GUNA SETIAP HARI..APA YANG LEBIH DARI KEPERLUAN KITA, SAMA2LH KITA BERIKAN PADA ORG YANG MEMERLUKAN..
MARILAH KITA SAMA2 RENUNG NIKMAT YANG ALLAH BERIKAN PADA KITA ADAKAH KITA TELAH MENGGUNKANYA SEBAIK MUNGKIN @ KITA GUNAKAN PADA JALAN APA..NAUZUBILLAH..

HAYATILAH LIRIKNYA..DAN FAHAMILAH MAKSUDNYA

Wednesday, September 22, 2010

Kisah iman syafie



Pada suatu hari Imam Syafie pergi ke bahdad untuk menzirahi Imam Ahmad B. Hamba..anak dara Iman Ahmad dan seluruh keluarganya sangat seronok dan meyambut Iman syafie dengan makan2..
sepanjang Imam Syafie tinggal umah Imam Ahmad, anak dara Imam Ahmad mengntai perbuatan Imam Syafie...lalu selepas 3 hari,maka mereka pun berbincang..

anak Imam Ahmad : Wahai Iman Syafie aku ada perkara ingin menanyakan kepada kamu..
sepanjang 3 hari engkau berada di rumah aku,pada hari ko
datang kerumahku, kau makan sehingga tidak pandang kiri kanan dan
tidak meendahkan tuan rumah samada sudah makan atau tidak..kedua
sepanjang engkau tinggal dirumahku aku zpernah tegok engkau
kiamullai sedangkan engkau orang yang hebat dan yang ketiga
engkau sembahyang subuh xambil wuduk..


Iman Syafie : Engkau tengok aku makan dengan banyaknya aku tahu ibu bapa kamu
adalah orang yang pemurah..dan makan makanan orang yang pemurah
menjadi penawar kepada orang yang memakankannya.yang kedua, engakau
tengok aku tidak khiamullai, padahal aku sedah tiga malam tidak
tidur,kerana aku sedang memikirkan 100 masalah umat dan 100 jawapan
bagi persoalan fekah..dan yang ketiganya aku tidak ambil wuduk untuk
sembahyang subuh kerana aku tidak tido malamnya dan wuduk insya aku
tidak terbatal

bergitulah kisah kehebatan Iman Syafie dengan ilmu yang ada..banyak perkara-perkara berkenaan dengan fekah yang kita guna sehingga sekarang dalam menyelesaikan masalah umat..fikir-fikirkanlh..

salam pengenalan dari nizam omar



Assalam dan selamat sejahtera.Terima kasih atas jemputan Tuan Blog untuk memeriahkan lagi dunia blog ini..

Tuesday, September 21, 2010

kisah penarik sampan & cendiakawan

satu perbualan diantara penarik sampan dan juga cendiakawan..
satu hari cendiakawan berjalan di sebuah kampung dan bertemu dengan penarik sampan lalu cendiakawan tersebut ingin menaiki sampan tersebut ke seberang..dalam perjalanan tersebut:
cendiakawan: pakcik tahu membaca?
penarik sampan: tidak tahu
cendiakawa: pacik telah kehilangan separuh hidup pak cik
lalu penarik sampan itu pn tersenyum
cendiakawan: pakcik tahu menulis?
penarik sampan : tidak tahu
cendiakawan: pakcik sekali lagi telah kehilangan separuh hidup pakcik
lalu pakcik tersebut masih tersenyum..
dalam perjalanan tersebut tiba-tiba sampan yang dinaiki oleh mereka bocor dan aor mula masuk ke dalam perahu..
penarik sampan: anak tahu berenang?
cendiakawan: tidak pakcik
penarik sampan: anak akan kehilangan seluruh hidup anak..

dalam cerita yang dikisahkan ini tiap makluk yang ALLAH jadikan mempunyai kepintaran masing-masing..oleh itu, jang memandang hina kepada orng lain..bergitu juga dengan 9 akal yang diberikan oleh ALLAH kepada kaum lelaki, maka dengan 1 akal yang diberikan kepada perempuan, apabila bergabung keduanya akan menjadikan pemikaran @ tindakan yang ingin dilakukan akan lebih baik..bergitu juga dengan nafsu..maka dengan itu kita renung bersama..
yang baik itu dtg dari ALLAH yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya..